Aku dan keluarga di uji. Ayahku telah disahkan mengalami kanser hati yang sudah teruk. Pada mulanya kami sekeluarga tidak mengjangka yang ayahku mengalami kanser hati. Di mana selama ini ayahku hanya mempunyai darah tinggi. Tetiap bulan ayahku pergi check tarah tingginya di klinik kerajaan tetapi dokter tidak dapat kesan penyakit ayahku intu. Sehinggalah pada hari raya aidilfitri yang ke tiga yang lepas ayah ku mengadu yang dia tak berapa nak kuat. Memang semasa hari raya lagi aku melihat ayahku cuma duduk apabila tetamu datang dan baring apabila tetamu balik. Oleh itu kami sekeluarga berpakat untuk membawa ayahku ke hospital swasta untuk check apa penyakit sebenar ayahku.
Selepas pemeriksaan kami dipanggil masuk oleh dokter ke dalam biliknya. Dokter memberitahu bahawa ayahku telah mengalami kanser buah pinggang di stage yang ke 4. YA ALLAH kami semua terkejut mendengarnya, hanya tuhan sahaja yang tahu apa perasaan aku ketika itu, sedih semua ada. Pihak hospitak ingin menahan ayahku di hospital tetapi ibuku memolaknya di sebabkan kos perubatan di hospitak tersebut sangat mahal. Dan kami semua berbincang untuk membawa ayahku ke hospital kerajaan. Keesokkan harinya aku,ibu, dan abangku membawa ayahku ke hospital kerajaan. Setelah pemeriksaan dokter membuat surat untuk merujuk ayahku ke pakar bedah. Keesokkan harinya aku membawa ayahku berjumpa dengan dokter tersebut. Selepas pemeriksaan dokter menyatakan bahawa ayahku terpaksa menjalani pembedahan secara besar besaran untuk membuang sebelah buanh pinggang ayahku. Terkejut aku mendengarnya. Rasa macam nak menangis di situ tetapi aku tabahkan hatiku untuk tidak menumpahkan air mataku di depan mak dan ayahku. Dokter bertanyakan sama ada kami mahu membuat pembedahan itu atau tidak. Aku bertanyakan tentang apa kesan yang akan dihadapi selepas pembedahan. Dokter memberitahu bahawa kemungkinan ayahku akan bergntung hidup menggunakan wayar dalam jangka masa yang agak lama, dak kesan jika tidak melakukan pembedahan kemungkinan kuman tersebut akan terus merebak dan akan menganggu bahagian badan yang lain. Aku meminta dokter memberi tempoh untuk kami semua berbincang terlebih dahulu. Dokter memberi kami tempoh selama seminggu dan datang pula ke hospital pada tarikh yang di tetapkan.
Selepas itu aku tidak dapat lagi membawa ayahku ke hospital kerana aku terpaksa menyambung pengajianku. Memang berat hati ku uktuk meninggalkan rumah di dalam keadaan ayahku yang tak berapa sihat. Dengan kakak ku tiada di rumah kerana menjadi guru ganti di di salah senuah sekolah di Klang. Cuma ada ibu dan abang ke2 ku sahaja untuk menjaga ayah. Abang sulungku juga selalu balik menjenguk ayahku di kampung. Semasa hari aku mahu kembali ke UPSI aku melihat ibuku menitiskan air mata, tapi aku tahan untuk tidak menangis di depan ibuku kerana aku tidak mahu ibuku sedih dengan pemergian aku ke upsi.
Walaupun aku telah kembali ke upsi aku tidak lupa untuk menelifon ibuku bertanyakan tentang keadaan ayah dan juga ibuku. Sesungguhnya aku sangat menyayangi kedua ibu bapaku. YA ALLAH YA TUHANKU KAU SEMBUHKAN LAH AYAHLU SEPERTI SEDIA KALA DAH KAU TABAHKAN LAH KAMI SEKELUARGA DALAM MENGHADAPI UJIANMU INI. AMIN YA ROBBAL ALAMIN...
No comments:
Post a Comment